Hiburan sememangnya alat yang bagus untuk melarikan anda dari realiti

   
"Escapee!" Photo by Emmanuel Avila

Satoshi Kon secara tak langsung menyebut dalam filemnya seperti Paranoia Agent,Paprika bahawa escapism adalah sesuatu yang melarikan anda daripada realiti dan jarang ada yang mahu berdepan dengan apa sahaja yang berlaku didunia nyata baik sesuatu pahit,masalah mahupun rutin harian yang harus difikirkan,perhatikan bagaimana peradaban terdahulu musnah akibat hidup bertunjangkan nafsu dan hiburan yang lalai,hari ini seumpama irama yang serupa dari semalam.  Oleh kerana itu dadah,hiburan,permainan video atau apa sahaja mampu membawa anda jauh daripada tujuan sebenar anda. Semua orang harus menjadi hamba kepada sesuatu yang menyenangkan dalam tempoh sekejap dan bukankah kita hidup dalam suasana itu?

 Dalam suasana dimana kita tinggal,kita disuap dengan berita-berita yang tidak perlu dan tayangan-tayangan televisyen yang hanya mengajak kita tertawa,tertawa seolah-olah kita sudah tidak ada apa yang harus difikirkan lagi. Di alam maya kita disuap dengan kandungan kecanduan yang mencipta perwatakan siapa kita hari ini yang cuma membuka,meneroka kandungan hiburan meskipun ada sisi kandungan yang cuba mengajak kembali ke realiti. Waktu senang mencipta manusia yang selesa dan menjadi pilihannya untuk kekal dalam keselesaan atau dia akan diajar suatu hari nanti untuk waktu sukar,kita sudah melihatnya ,roda dunia antara Timur dan Barat sentiasa berlaku namun antara anda belajar atau tidak. 76 tahun penubuhan Israel,bertahankah jika ada yang seperti mana Kerajaan Jerusalem selama 192 tahun? 

Pemuda di Israel sepertimana kebanyakan pemuda di negara yang "selesa",mempunyai masalah dengan identiti dan masalah mental dan tempoh pencarian identiti merupakan masa yang paling rapuh dan mana-mana ideologi mudah masuk kepada seseorang remaja sebagai penemuan untuk "identiti" itu. Ekoran media sosial kini mempercepatkan lagi proses tersebut.

Lihat bagaimana Jepun yang dahulu gah kini jatuh dan malap dari dekad yang hilang akibat pertelingkahan politik serta hiburan melampau dan kebanyakan pemuda Jepun mahupun golongan dewasa adalah apatis yang cuma peduli tentang dirinya dan krisis ekonomi yang menyebabkan kelangsungan diri lebih penting dari kejatuhan negaranya. Selepas kekalahan Perang Dunia,Jepun membawa semangat bangun meskipun diduduki tentera bersekutu dan 1970 merupakan sebuah negara yang disegani sebagai sebuah adikuasa teknologi. Namun,kini hanyalah sebuah negara yang terkenal dengan budaya pop-anime yang juga merupakan soft power negara ini.

Namun,para pemuda kita sudah jauhkah daripada realiti? Bukankah mereka harus berfikir untuk memajukan diri kita? Tetapi mengapa kita seakan diganggu?
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url