Dia anak kepada pengasas Hamas! So?

Kebanyakan orang yang tidak dapat menerima hakikat, sadisnya bergantung kepada Mossab untuk menjelaskan apa yang berlaku di Gaza meskipun mereka sememangnya tidak akan mendengar sesuatu yang bertentangan dengan sifat mereka selaku pendukung Zionis. Mossab hanyalah seperti kelompok yang kononnya mengetahui yang sebenarnya dan dirinya hanyalah alat yang mempunyai kepentingan. Mossab dalam ucapannya gemar menggunakan terma 'terroris' tanpa menyedari dirinya juga seorang terroris yang menyeru lebih banyak pembunuhan orang yang tidak berdosa. Ketika zionis menggunakan Mossab seolah-olah masyarakat hari ini cuma bergantung kepada dirinya untuk menjadi sumber, sekarang ledakan maklumat dan Mossab hanyalah wujud sebagai penghibur kepada Zionis yang cemas dan hidup dalam penafian. Naratif Mossab hanya berkesan kepada orang-orang yang tidak mahu berganjak dan hanya kekal dalam keingkaran. Jika hampir semua media dikuasai dan didanai zionis,maka media sosial adalah medan baharu yang akan menjadikan "realiti" Mossab bukan lagi sebuah realiti melainkan delusi,tidak ada siapa yang peduli dirinya anak kepada pengasas Hamas,ekoran sifatnya serupa seperti Nazi yang menggalakkan pembunuhan di Rafah. Dia bukan manusia yang waras tetapi manusia yang sememangnya harus tunduk kepada tuannya.

Apa yang diucapkannya memang memihak kepada tuannya. Anehnya spy Israel ini sudah terbongkar identiti, mungkin spy yang gagal dan sekarang membawa "saya anak pergi pemimpin Hamas" dan "saya bekas Muslim" ke sana sini dan masih gagal dia menjadikan identiti sebagai pembenaran dalam hujah yang tanpa perlu menjadi " anak kepada pengasas Hamas ". 

Mossab cuba menyamakan semua rakyat Gaza dengan Hamas dan kecetekan teknik itu menjadikan dirinya tak lain boneka yang meskipun bertahun dalam latihan Israel, masih gagal. Pergerakan pembebasan Palestin tidak pernah temanya tentang Hamas,tetapi rakyat Palestin dan kaedah propaganda Mossab ini masih GAGAL. Dia boleh bercakap sesuai nada tetapi kita juga boleh melihat dengan lebih luas tanpa harus merujuk Mossab lagi. Dia sedaya upaya menjadikan pergerakan pembebasan Palestin adalah gerakan membela pengganas tanpa mencerminkan dirinya sendiri yang menggalakkan pembunuhan, menggalakkan serangan lebih agresif dan mirip seperti ekstremis dan ahli politik paling 'berpengaruh' di Israel,Ben Gvir.

Mossab menggunakan taktik dimana asasnya semua yang berlaku di Gaza adalah konflik antara agama dan apa yang dibawanya ke sana sini di Amerika Syarikat adalah berdasarkan konflik kepada agama sedangkan hanya kelompok seperti dirinya yang akan menerima atau mungkin bersorak,menjadikan identiti lama sebagai " bukti " mengapa mereka harus dipercayai. Mossab didoktrin ketika remaja dan dia bercakap berdasarkan masa kecil dan semuanya persepsi dan dia cuma menjadi pengedar persepsi yang menyasarkan kelompok pro Palestin tetapi sayangnya hanya kelompok pro zionis yang bertepuk dan bersorak dengan Mossab, malahan media Pro Zionis meletakkan Mossab sebagai sumber yang tidak diragui lagi! Lucunya perangai zionis kecil dan di era inilah juga Mossab semakin hilang relevan apabila TikTok,Instagram sudah cukup mematahkan "realiti" palsu yang dibawanya yang mana dia tidak perlu mengaku anak kepada 'Hamas' dek kerana pengalaman hidupnya di luar Gaza lebih lama dari hidupnya selaku penduduk Gaza itu sendiri. Bapanya sendiri mengatakan Mossab ini tak tahu apa-apa pun tentang Hamas kerana status anak tidak pernah menjadikan dia tahu segalanya. Dan tanggapan dangkal yang cuba diciptakan media lidah zionis adalah "Mossab adalah anggota Hamas yang sudah insaf". 

Ironinya kononnya penentang pengganas seperti Mossab menggalakkan aktiviti keganasan dan pembunuhan. Bukan hipokrit tetapi dia memang akan bercakap mengikut kehendak tuannya,menunggang keamanan untuk membenarkan lebih banyak pembunuhan. So? 
Wah,maksudnya semua warga Gaza tu khamas?!!😱😱

Mossab seperti zionis kebanyakannya boleh terperangkap dalam perspektif mereka dan manusia yang waras tidak akan menafikan pembunuhan besar-besaran ini dan meskipun Zionis punyai wang yang banyak untuk kempen dan propaganda, mereka sudah gagal di era baru ini,tidak selama-lamanya wang mereka menutup mulut. Mossab boleh terus mengikut skrip kebanyakan zionis lain seperti Ben Gvir dan Bibi iatu teroris,teroris,teroris tetapi dunia tidak perlukan anda untuk memberitahu apa itu realiti kerana kini kami boleh melihatnya sendiri.

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url