Projek penjajah:Israel


Nakba 2.0

Ramai melihat hal ini sebagai situasi dimana dua agama berebut sebuah wilayah dan kedua-duanya harus berhenti untuk menamatkan peperangan antara agama ini namun itulah pemikiran yang mahu ditanamkan zionis untuk membenarkan projek penjajahan mereka di Palestin sejak tertubuhnya negara tersebut. Tidak semua Yahudi adalah zionis dan tidak semua zionis adalah Yahudi. Zionism adalah ideologi yang membentuk Israel dan ideologi bermula hasil cetusan Theodor Herzl,jurnalis kelahiran Hungary pada 1897. Theodor herzl mencadangkan perlunya sebuah negara bangsa Yahudi dan cadangan ini merupakan cetusan daripada pemikir Yahudi sebelumnya dan antara pilihan negara ketika itu adalah Argentina dan Kenya ekoran kesuburan tanah dan populasi yang sedikit dan Herzl pernah menyatakan wilayah kenya atau British Afrika Timur sebagai zon selesa untuk Yahudi. Herzl juga mencadangkan petempatan Yahudi di Semenanjung Sinai dan Cyprus namun kawasan ini bukan dalam wilayah jajahan British dan Herzl hanya berminat dengan kawasan Palestin dan sekitarnya.

Anda sudah tentu pernah mendengar tentang deklarasi Balfour 1917,kepercayaan Arthur Balfour ketika itu di eropah,Yahudi adalah masalah dimana mereka tidak mahu untuk berintegrasi dan menyebabkan banyak masalah kepada Kristian Eropah. Kepercayaan di eropah adalah Yahudi adalah punca segala masalah dan akibat daripada itu kelompok Yahudi adalah kelompok alien dan Balfour sememangnya terkenal dengan sikap anti Yahudi dan dia mencadangkan Zionism adalah solusi terbaik untuk menyingkirkan alien-alien ini daripada eropah dan penubuhan negara haram di Palestin dilihat situasi menag-menang bagi kelompok seperti Balfour. Zionism itu sendiri anti Yahudi dan sejak awal lagi persoalannya kenapa Herzl hanya cuba menyasarkan tanah jajahan British?Dan jika British adalah penjajah dan sudah tentu British yang mengimplementasikan negara adalah sebuah negara koloni ynag mengusir penduduk asal? Justeru Israel adalah sebuah projek kolonism?

Akan tetapi tanggapan yang ditanamkan bahawa seperti situasi sekarang adalah A memukul B,B memukul A kembali dan kitaran keganasan ini berulang-ulang tanpa penghujung tanpa menyedari situasinya adalah A memecah masuk rumah B dan memukulnya sudah tentu B akan memukul kembali dan A membalas dan seterusnya,Zionis menganggap Palestin seolah-olah sebagai bukan manusia yang hanya diam diperlakukan sedemikian dan itulah sepatutnya reaksi Palestin, katakan anda menganggu seekor rusa, sudah tentu tanggapan anda rusa itu hanya melarikan diri kerana hanyalah seekor haiwan yang hanya tidak sama dengan manusia.


Itulah apa yang zionis mahu tanamkan dalam pemikiran ramai dalam setiap naratifnya,kami pernah menulis dalam blog peribadi tentang kitaran keganasan dan beberapa poin adalah hakikatnya ideologi tidak pernah menyelamatkan manusia untuk mengulangi kitaran keganasan, beberapa orang gemar menjadikan konsep dan ideologi sebagai pelarian untuk melihat bahawa masalah adalah manusia itu sendiri,dan seperti yang kita lihat praktikalnya Zionis mempergunakan sentimen agama untuk membenarkan pembunuhan orang awam dan sentimen inilah yang menjadi pembenaran pembunuhan. 

Zionis sendiri menjadikan mangsa holocaust sebagai kelompok Yahudi yang lemah dan harus mati.

"Saya bangga 6 juta Yahudi dibunuh,dan sepatutnya 6 juta lagi dibunuh"

"Ashkenazi,pelac*r,semoga kamu semua terbakar dalam neraka"

-Itzik Zarka.

Bahkan di Israel holocaust hanyalah dijadikan satira,parodi dan jenaka namun ketika cuba memenangi persepsi,holocaust dan antisemitik adalah alat yang paling efektif untuk membenamkan suara.

Amerika Syarikat yang lebih memilih pembersihan etnik di Palestin dilakukan secara diam-diam menemui kegagalan kewujudan media sosial dan tindakan yang cuba menyekat dan memalsukan kejadian sedikit menemui kegagalan di era perang maklumat. 


Israel sendiri memperlakukan rakyatnya dengan ganas seperti video dibawah dimana Yahudi Ultra Ortodoks diperlakukan dengan ganas ; 



Kita pernah melihat berbagai situasi ini dunia apabila anda dilihat sebagai pencabar kepada sebuah ideologi, nyawanya bakal menemui pengakhiran.


Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url