"Kenapa Malaysia ni sibuk sangat pasal Palestin?Cukup settle urusan kita sendiri la!"


Gaza,Oktober 2023
      Bayangkan setiap minit manusia dibunuh,dan anda boleh mengatakan sedemikian disebalik sikap kejam anda yang hanya mampu diam sebaik manusia lain dibunuh dan masih menggunakan kerangka ideologi anda. Ideologi adalah kompleks tetapi pembunuhan tetap pembunuhan dan anda tidak boleh menyorokkannya dengan bermacam putar belit sepertimana sesetengah kelompok di Malaysia yang kononnya neutral tetapi dalam diam tersepit ekoran kepercayaan Tanah pilihan Tuhan meskipun bangsa yang diagungkan di Negara Haram itu separuh daripada mereka,yang menjadi pemimpin,adalah ateis atau sekular.


Antara persoalan rapuh yang sering diterima penulis adalah sepertimana tajuk kiriman ini walhal penanya soalan agak cherry picking hingga menggunakan topeng "saya tak sokong siapa-siapa". Kenyataan itu sendiri bertentangan dengan sifat manusia yang lazimnya akan tertarik kepada mana-mana kelompok dan sekadar pemanis bibir zionis-zionis yang takut menonjolkan diri ditengah arus sokongan dunia terhadap Gaza meskipun pemimpin-pemimpin negara mereka sangat takut dengan pemodal-pemodal Zioni$t ini. Sedikit paradoks disini,bahawa "kenapa Malaysia",faktanya bukan Malaysia sahaja,penduduk di negara-negara bukan Islam malah negara majoriti ateis seperti Sweden turut bersolidariti untuk rakyat P@lestin yang tertindas,dibunuh,dipenjara dan penyokong Isr@el sangat buta dalam mengakui kebenaran,hujah mereka berdasarkan kepercayaan buta mereka,bukan logik akal sihat sebagai manusia. Pelbagai individu menentang kekejaman Isr@el ekoran apa yang mereka lihat sebagai kejam,zalim oleh penjajahan kulit putih dari Jerman,dari Poland,dari Austria,dari Czech ini. Mereka tiba-tiba datang ke tanah orang lain dan sumber mereka adalah tidak menyakinkan namun itulah hujah para zionis kecil ini bawa kemana-mana dengan yakin itu.

Untuk menjawab soalan kenapa Malaysia menyibuk ekoran dalam agama kami semua Islam adalah bersaudara dan andai saudara-saudara kami dibunuh,disekat airnya tetapi kami berdiam seperti anda,kami menanggung azab yang sangat-sangat besar meskipun mereka jauh jaraknya dari kami dan Islam datang untuk menyatukan dan kerangka "negara lain buat hal lain" itu tidak terpakai buat kami. Konsep negara adalah ciptaan moden yang dibawa imperialis dan meskipun begitu,konsep negara masih gagal menghilangkan suara manusia untuk bercakap tentang pembunuhan,penjajahan ini. Zaman ledakan maklumat ini membuka pintu yang luas untuk semua manusia menilai siapakah yang buta. Ekoran daripada persaudaraan itulah kami bersatu boikot KFC,Starbucks,McD hingga syarikat ini mencuba pelbagai teknik bahkan merayu ekoran saudara kami dibunuh dengan hasil wang kami sendiri! Mungkin anda belum faham psikologi masyarakat Islam di Malaysia. Dalam perspektif kemanusiaan,anda adalah penjenayah yang bersubahat dengan prmbunuh ini ekoran takut untuk bercakap perkara yang benar dan menutup kebenaran. 

Mereka  mungkin mengetahui data dan statistik nyaawa yang seakan tidak ada harga bagi mereka tetapi mereka masih mempercayai penipuan,play-victim yang tak berkesudahan ekoran satu saja: taklik buta dan golongan inilah yang sebenarnya tahu tetapi takut dengan doktrin-doktrin buta.


Ketika ada yang bersuara diatas kezaliman ini,mereka semua dicop khumus,seperti penulis ini juga khumus namun satu istilah yang cukup sesuai kepada penidak kematian rakyat Gaza dan bukan main dengan "Isr@el hebatnya blabla" itu adalah zionis ekoran meskipun Zionis tak percayakan Tuhan,tetapi menarik pendokong mereka dengan nama Tuhan. Mereka secara jelas meletakkan diri mereka sebagai second class secara rela yang mana first class adalah kelompok isr@el ini. Pelik tapi benar.


Zionis mungkin mempunyai wang yang banyak,memiliki banyak syarikat diseluruh dunia dan mendanai banyak kempen pilihanraya tetapi mereka tidak sedar mereka bukan pemilik dan tuan kepada manusia bebas dan andai pemimpin pengecut yang takut hilang duit dari pemodal ini,maka masyarakat dunia bukan tunduk dengan wang ini berani bersuara. 
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url